Tuesday 30 August 2011

A day before 1 Syawal ;)























It's about kids and adults. No teenagers. No girlfriend to text with.
Who cares, kita tak tau apa yang Allah tetapkan untuk kita rightt ??
Just wait for 1Syawal's Photos !!!!

Saturday 27 August 2011

Oh, aku tertinggal satu.

perempuan,
semalam kau katakan padaku,
sayang, you're my everything.
kelmarin kau bisikkan padaku,
sayang, i don't want to lose you, anymore.

tapi kemana hilangnya si manis prosa itu ?
apa dia sedang sibuk berlari-lari di taman malam ?
atau dia sibuk mencari tempat dalam tapak pelupusan ?
atau, atau kau sengaja simpan dalam peti ?
peti yang dulu ku sangkakan abadi untuk satu jiwa.
peti yang dulu ku sangkakan tercipta  untuk aku sorang.

biarkan saja tiada nilai puisi aku malam ini,
biarkan saja bahasaku dikutuk malam ini,
kerana malam ini aku bertekad,
aku berhasrat,
aku nak lepaskan semua,
lepaskan segalanya !
lepaskan perasaanku,
lepaskan jeritanku,
lepaskan kata-kataku,
lepaskan perhambaanku,
lepaskan peluhku,
lepaskan memoriku,
lepaskan kamu !

totally.

lihatlah aku malam ini,
yang hanya bertemankan marlboro,
tertunduk-tunduk,
terbatuk-batuk,
menunggu satu pesanan ringkas,
walaupun hanya seutas ayat
selamat hari raya
daripada kau wahai perempuan.

Bilik Dingin 1:38a.m
 masih tertinggal saki-baki perasaan. tapi sikit-sikit aku lepaskan.

Thursday 25 August 2011

Selamat tinggal, Ramadhan :')

1001 pengajaran, dalam bulan ni saja aku dapat macam2 hikmah dalam setiap perkara yang berlaku. memang sedih, bagi aku, dan umat2 Islam yang lain meninggalkan satu bulan yang penuh kemuliaan ini. Bukan senang, amalan kita, doa kita, ibadat kita ALLAH terima dengan begitu terbuka. Pahala kita dilipat ganda. Dengan bulan tanpa Syaitan ini, kurang sikit niat aku nak buat jahat. yeah memang benar pun. Alahai sedihnya... sedih aku tinggalkan terawih, sedih aku tinggalkan sahur, sedih aku tinggalkan witir di surau. menyesal tak sudah, terawih aku tak penuh tahun ni. alahai, ALLAH, ampunkan aku :(

Ya ALLAH, jodohkan lah aku dengan next ramadhan dan seterusnya. Sesungguhnya kualiti Ramadhanku ini tersangatlah corot. Ya ALLAH, kau berkatilah amalan ku di dunia ini ya ALLAH. amin.

Yeah raya ni, mungkin agak suram sikit bagi aku maybe ( around 12% ) cuz aku, well yelah, previous years 4 tahun berturut2 aku beraya dengan kekasih hati ( boleh kira :3 ) so at least malam raya tu aku ada gak somebody to text or call or whatever yang boleh slow down my heart beats but this year, alahai... mungkin takda jodoh kot, but siapa tahu kan ? I got my siblings i got my nieces i got my cousins, families and FRIENDS !!! that can coolen my loneliness. i'm not lonely just feels like little empty when there's no somebody special to ehem ehem this raya kan. hahaha, life life...

Well due to SPM mungkin raya ni aku raya sehari dua je kot. Study masih tunggang langgang. aku dah janji untuk straight A, janji. janji bukan mainan so aku harus lah kotakan. Tak apa, korang boleh datang rumah aku, mak aku bagi hihihi :D I can promise, layanan sebaik-baik layanan kitorang akan beri !!!

Dosaku, salahku, kata-kataku, kelakuanku, kesilapan,
aku tkde niat jahat pun sebenarnya :( cuma manusia ni mudah lupa,
sayang, maafkan zahir dan batinku yang berdosa ini ya ? :')

Lailahaillallah Muhammadarrasulullah, Wallahuakhbar.
Selamat tinggal Ramadhan, Assalamualaikum Syawal.


Terkunci kejap

sekilas arus elektromagnet antara kau dan aku,
tiada ada metafora yang agung sekalipun,
yang dapat menandingi puisi antara kita berdua,
untuk empat setengah saat itu,
jantungku tiada maya untuk terus berfungsi.

Library. 10:15a.m
p/s: she has such a quiet eyes.

Wednesday 24 August 2011

15 Hadis khas untuk bulan Ramadhan :)


1. Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);
2. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-);
3. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi);
4. Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi);
5. Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ‘Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.’ (HR Bukhari);
6. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: ‘Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’ (H.R Muslim)
7. Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: ‘Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.’ (HR Bukhari)
8. Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: ‘Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.’ (HR Muslim)
9. Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: ‘Puasa dan Al Qur’an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Dan Al Qur’an pun berkata, ‘Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Lalu syafaat keduanya diterima Allah.’( H.R Ahmad)
10. Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’ (H.R Ahmad)
11. Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.’ (HR Ahmad)
12. Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)
13. Sabda Rasulullah SAW.; ‘Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)
14. Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’ ( Riwayat Al Baihaqi)
15. Rasululah SAW bersabda; ‘Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.’ ( Sahih Bukhari)
p/s: hope you guys dapat apa yang Rasulullah S.A.W cuba sampaikan ini dan banyak2kan la beramal dripada membuat perkara yang tidak mendatangkan pahala k ? tak salah kan kalau nak buat pahala :)
credits and kudos to : http://www.omaq.org , terrima kasihh banyak-banyak !

Tuesday 23 August 2011

So what scene are you in BRAAAAAH ?

still rare in KL

true blood ! ONE FAMILY !

ada bran nak try ?

CRAIG MABBIT !

OK this one dah normal dalam scene :)

Oi Oi Oi Oi

dulu pernah trending in KL

NO DRUG NO SEX NO ALCOHOL !!!

skaters ramai :D

roll down the government ! Anarchy !

\m/
special credits to Rob Dobi
more scensters at www.yourscenesucks.com

dak-dak TS

boyanzZzZz

dak-dak PAVI

RIDER !

k just for fun ! so which scene are you in ? :D

Thursday 18 August 2011

Sudah la tu.

Tak ada lagi penambahan perisa dalam hati. Tutup tv dan terus move on.

Monday 15 August 2011

GREEN : SOUL DI SEBALIK KEHIJAUAN

Oh well, i'm not talking about Go Green the Earth or Green without plastic bags or anything that related to it. The Green i would like to share to you guys is my Green Sports house. What so special about it ? You will know if you're one of the members. Aku nak tulis artikel mini ni bukan apa. Sebab sejak menjejaki alam sekolah lagi ( darjah 1 ) aku dah ditakdirkan untuk berjuang bersama-sama dengan pasukan Hijau ni. Rasa macam, sesuatu yang perlu aku bagitau kat dunia ni. Ah biarlah, blog aku :)

Memandangkan 2011 ni tahun terakhir dekat alam beruniform sekolah ni, tahun ni jugak lah baru aku nak contribute macam-macam dekat sekolah. buat tu buat ni ( padahal tak sedar-sedar lagi tu SPM kat hujung jerawat je ) including GREEN HOUSE. aku rasa paling berjasa dekat rumah sukan tahun ni la. mana tak nya, sanggup stay back petang semata2 nak ajar adik-adik comel aku berkawad. comel kan aku ? pffttt~ ok back, and aku join team tarik tali ( tough guy konon ) tapi finally dapat 4th place. sedih gak la sebab over confident kot. Anyway, aku just nak share rasa rindu yang bercambah dengan sedih sebab yelah, no more sports day for me :'( 

tapi sebenarnya apa yang cuba aku nak sampaikan ni ? apebende ? kata-kata penghargaan ke ? okay lah thanks to parents sebab bagi aku masuk macam2 tahun ni, thanks to Ishraq sebab pilih aku jadi kawad partner dia thanks to photographers yang ambil gambar2 time sports day thanks to squad yang sanggup kena ragging dengan aku. ok that's all. apa lagi ? hah thanks to Alya sebab supply makanan ;) may be tak de apa aku nak cakap lagi kot. kot. yeke ? ntah haha.
Tuhan, thanks sebab jodohkan aku ngn budak2 ni. Sayang Green :D

#maaflah, bahasa aku kurang nilainya di sini.

Gambar kiteorang!(bahasa remaja)

boleh la tu.




team tarik tali aku. boleh la tu.

pun boleh




goodbye GREEN <3
credits with candies to : Sabrina Azmi 

boleh la tu.

alololololololo~