Friday 20 July 2012

Awak, sila terasa dengan post saya yang ini boleh ?

*Penggunaan alias Siu Long bagi watak ini dan sebabnya ada di dalam teks*

Saya mula observe bila....

 That day,
Aku kelam kabut dengan suasana kelas orang separa dewasa yang sedang sibuk-sibuk menukar attire mereka atas dasar pendidikan Malaysia yang digubal satu masa dulu yang mementingkan sukan dalam akademik. Aku terus berlari ke bilik guru.

"Cikgu, rumah sukan saya apa ?"
*potong cerita*

Bilik VEB. Aku join venture dengan beberapa mastermind yang lain dalam misi reka bentuk shelter untuk rumah sukan. Dekat ada lah beberapa seniors yang memerah otak sekali dan (aku yang paling junior sebab newcomer...kot) ya, ada sorang kakak ni, dia mencuri perhatian aku. Sampai sekarang dia masih pegang perhatian aku. Dia tak pulangkan balik. Dan aku sendiri taknak balik perhatian aku tu sebab aku tau, dah takde orang lagi nak curi benda tu (bukan benda actually). okay sambung. dan bila hari tu dia ada kemukakan suggestion dia dan itu kali pertama aku terdengar suara dia. Ya, seksi. Semacam perasaan mula timbul dekat hati ni. macam larva yang baru terhasil dekat gunung-gunung Himalaya.

Satu hari tu dia datang kelas aku, memegang watak sebagai Ah Long. tapi dia perempuan, tak sesuai. tapi sesuai dengan panggilang Siu Long (Siu banyak dikaitkan dengan karakter wanita). Dia memanggil namaku. Aku menggeletar (tanpa sebab) dan dia minta RM10. tapi aku papa masa itu. Sengaja aku tanya "Kakak, berapa kena bayar ? "Sepuluh ringgit sayang" dia menjeling ke arah meja guru. Pertama kali dia panggil aku sayang. OH DUNIA NI AKU PUNYA OK.

Aku, dia dan seorang watak sampingan meronda-ronda di metropolis. Ok pertama kali dia duduk rapat-rapat dengan saya. Jantung aku tah berlari tah terbang ke apa masa tu. Gelakkan manja dia... Okay, aku tak buat apa-apa. aku cuma duduk diam dan pandang ke arah luar. Sampai hujung perjalanan, aku memberanikan diri untuk minta PIN dia. ok dia bagi dan saya gembira.

Sarung pakaian sukan, selipar percuma Tropicana Life, earphone rabak.

"You tak datang eh harini?"
"Ya, saya tak datang."
"Cikgu cakap you tak sihat."
"Ha'ah i tak sihat."
"Yeke you tak sihat....Elehhh ke malas ? *muka sarkastik*"
"Betul lah I tak sihat. kenapa ? ingat i tipu ke ?"
"eh, sorry2 i bergurau je *muka sedih*

..... tiada respons.
kali pertama dia marah dekat aku.

Hari sukan sekolah, pagi tu aku dengan Ali dekat bilik VEB. dan dia telefon aku. Suara manja, dialek seksi "Hello farhan, ni *saya* ni. you dekat mana ? okay okay" -kali pertama dia call.

Dia menyarungkan kostum serba biru. Macam nak menyanyi dekat konsert. tapi comel :D
dan... walaupun dia struggle dengan masalah kesihatan yang dia sedang hadapi, tapi Siu Long tabah. Siu Long sangat commited. Saya suka !

Aku dalam Matriks, perjalanan balik dari Putrajaya yang panas dengan bahang asmara, duduk belakang dengan 3 orang diva kecil. Aku berjaya tarik perhatian Siu Long masa aku guna DP BBM dengan gambar mereka. Siu Long geram ! dan minta nota suara dari aku. Bukan suara aku yang dia nak tapi suara diva2 tu. sangat annoying dan adorable dan saya tak tahu nak label apa dekat budak2 kecil ni. tapi ya, itu voice note yang pertama. dan yang lain-lain tu... hehe *blushing*

Siu Long mula berkarya sendiri untuk aku. Dia banyak berkarya dalam bahasa untuk aku. Baik dan buruk asalkan seseorang mula berkata-kata tentang seseorang yang lain. itu ialah sesuatu. dan aku juga inginkan sesuatu. Bagi aku Siu Long sangat istimewa. pada diri aku lah. cuma aku masih tercari-cari cara untuk buat layout puisi awak tu (yang warna-warni tu)

aku tak tahu apa perasaan dia, tanggapan dia dan persepsi dia terhadap aku. ingin mencuba tapi... kegagalan berurutan selama tiga kali dah cantas keberanian aku. sikit-sikit ada lah tapi, tak berani lagi. Perasaan ni semakin hari semakin menambah subtopics. Semakin dalam. Makin sayang...

Tapi ya, aku tak boleng mengharap sangat. Sekarang pun terlalu banyak perkataan "sorry". hampir tiap hari, tiap jam aku minta maaf sebab aku banyak buat dia tersinggung, sakit hati, hilang rasa dan... lain2. Mungkin pointer aku ditolak di situ. hmmm.

Okaaaay cerita di atas memang tak complete, banyak lagi sub-peristiwa antara aku dengan Siu Long. Cuma... ya, permulaan bagi satu permulaan :-) sekian !

Repost draft usang #3 Dari mata seorang crowd - MUSIXX CORE FEST VOL.1

Precautions
Sorry kalau cerita aku berputas belit sikit sebab aku tengah demam ni... ( 20/6/11 )
Maaf semua kerana lambat buat review ya. Saya kena denggi pula... ( 27/6/11 )

Some Shitty Craps before I leave to One Cafe ?
Pagi tu aku bangun, yeah seperti biasa, pemain MP3 bimbitku masih berputar, aku terjaga dari tidur. Sedang asyik dengan rentak breakdown Chelsea Grin, aku matikannya dan bergegas ke kamar air untuk bersiram. Guess what, Musixx Core Fest Vol.1 dan Diarypage22 bakal meriliskan EP mereka !!!!! yeah, it was my final gig before SPM. aku dah berjanji dengan diri, sacrifice yourself for a better future so, yeah aku terus kuatkan semangat. But then ah crap, 10 bucks short ! tak cukup duit lah cerita dia kan, so terpaksalah aku mintak tips sikit daripada parents... (sebenarnya aku benci mintak2 duit ni ) . I guess, i'm good enough for the event, dengan bersarungkan baju baru The Black Dahlia Murder dan seluar Lee warna kelabu, aku mulakan langkah menuju ke destinasi yeay yeay~ ( lagu siti )

Persediaan Awal ?
it's 11(something)am. i was still waiting for a RapidKL bus ( yang dahulunya Intrakota ) but then semua yang lalu memerlukan kad rapidpass. I don't have the card so I still have to wait another bus. 2,3,4,5.... yang sampai SJ(setara jaya)bus, wait for no time, aku terus bergegas naik. Sampai di stesen LRT Maluri, aku call Neeya Aiman ( cik organiser ) and she seems like very well messed and busy ! Great then aku text dia pun susah reply. until that minute aku call sekali lagi baru dia angkat. ( biasa lah tu ).

12pm, aku turun di stesen Sultan Ismail dan berjalan kaki ke 1cafe. Time nak lintas jalan aku ternampak sorang budak ni tengah hisap gam (pakai baju putih kat blakang tulis PUNK ) duk tersengih sorang2. Rasa nak pangg! je haha biarlah dia tak kacau aku so aku teruskan perjalanan. Sampai2 je dekat restoran Bibikmetal, kini dah ada stall Burgercore orang pertama yang aku nampak ialah kak Neeya sendiri yang tengah duk termenung sorang2 dekat pintu entrance tu, entah apa yang dia fikirkan agaknya... aku terus campak bag aku atas meja and order air kat bibikmetal tu, pergh i tell you guys ah, pekena Iced Lemon time panas2 tu perghh... it was like perghh hahah ok back, that time, beberapa orang sounds man dah ada kat dalam setting stage and speaker, amp semua. Danial, Wan Alaska dan Aoz kemudiannya sampai di 1cafe. Later, sebuah pacuan empat roda warna biru (tak igt brand kereta lah) yang dipandu oleh Halv dan ditumpangi oleh Peja dan Cuada sampai di tempat kejadian (1cafe ). Banner, bekas air, ice, baju, bag semua kitorang angkut keluar, and then siap setting banner and band list, here's the story begin :D

Band yg terawal datang ialah SEKUMPULAN ORANG GILA (SOG) yang aku selalu confuse mana satu adek dan abang diikuti Corsets dan seterusnya. memang diorang dah cakap awal2 dekat alam maya yang diorang nak datang awal so, they did it ! congrats people :) Kawan-kawan aku yg paling awal datang is Kama, datang naik EX5 dia. sorang2, muka blur. aku tinggalkan Neeya dan terus mendapatkan dia. Katanya, dia tengah tunggu rakan2 yang lain so, takpelah aku temankan dia dulu :)

Crowds dan bands makin ramai yang datang, ruangan legar dan Restoran 1cafe semakin dipenuhi dengan pencinta-pencinta musik underground, keadaan semakin riuh di luar, booth2 kecil juga sudah dibuka ( Booth Musixx Fest and zine Jiwa Seorang Loser ). walaupun tak banyak booth, tapi keadaan dimeriahkan lagi dengan kehadiran sebuah kotak kek yang besar dan sebuah bekas air yang berisi sarsi ( FREE FOR ALL! ) all because Musixx Event menyambut ulangtahun pertama mereka ( Happy Belated Birthday Musixx Event !!!)

It is about 3am, walaupun agak lewat sedikit daripada masa yang dijanjikan ( supposedly start pukul 2:30pm ) tapi aku still boleh salute diorang ni sebab mampu start lebih awal daripada jangkaan kebanyakan crowds (jangkaan start dalam pukul 4-4:30) yang selalu pergi gig sebab selalunya kat flyers je tulis awal2 tapi... pfftt, c'mon Malaysian, orang selalu cakap, janji Melayu, janji Melayu, janji Melayu. tapi, tahukah anda dulu Melayu selalu tepati janji ?  okay bab ni nanti kita sentuh ya ? back to our story :) Gate entrance sudah dibuka ! bagi budak2 lucky 200 yang masuk community Musixx event, diorang dapat cabutan Lucky Draw ( nombor aku tak naik brr~ ) and first 20 person yang pergi bayar dapat discount RM5 ! so, diorang kena bayar RM15 je lah. Untungnya...

Persembahan pembuka tirai dimulakan dengan band Lakes and Snadders yang baru sahaja remaster lagu mereka "Now I claim your Sun". Uniknya band ini, mereka mempunyai frontman.... or frontwoman yg berjantina wanita dan masih fresh ! Walaupun baru opening act, tapi ia ibarat pemanas badan para mosher2 sekalian untuk beraksi pada jam seterusnya !

Seterusnya ialah band Seeping Sorrow. Band ini telah mencemburukan ramai pihak terutamanya anak-anak remaja yang masih bersekolah kerana Stand ups-nya sendiri terdiri daripada budak-budak sekolah ! ada yang form 3 tidak silap aku. Walaupun masih fresh di gegendang telinga kita, band ini mendapat sambutan yang hangat dan respects from crowd itself ! Antara lagu yang mereka cover ialah Hey John, What's your name again ? dan _____________ , membuatkan crowds semua dahagakan laungan mikrofon !

Memandangkan aku tak ingat orders band yang perform ( slot kucar kacir sikit la ) so aku just review based on flyers je okhai. But that day, malang sekali bagi para crowds kerana tak dapat tengok fresh vibes from the band EIGHTPOINTNINE sebab ada masalah dalaman sedikit. But then, thanks a lot for keep supporting the gig that day ya :D

Err... sekarang dah musixx event 2. sorry for this utterly disappointing post :(

51.

mata orang. perkara yang baik disangka buruk. hanya pada mata kasar. 
mereka membuat konklusi.
andaian buruk andaian busuk andaian keji ! bukankah mulut dicipta oleh-Nya untuk bertanya ? 
Manusia.

-cheras. 5:13p.m 24/5/2011
Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID

persepsi.

Seekor kuman,
takkan mudah untuknya,
menawan seekor zirafah betina,
takkan ringan untuknya,
mencium sekawan singa yang berang,
dan tak mungkin sukar baginya,
untuk mengawal satu bentuk metabolisma.

tapi seekor kuman,
mampu bunuh
walau besar mana raksasa itu
sekalipun,
tumbang dengan sendiri.

Repost draft usang #2

WARNING, INI HANYA REPOST DARIPADA DRAFT USANG AKU.


Hi, this is, Farhan Rajuli... talking about a historical fantasia story that happened the present year I'm taking my SPM exams. So yeah, I wanna talk about a girl that coloured my days. From the purest white to the darkest black. I've my best feelings towards her. I started being serious in building up relationships. A stranger, starting with a buzz in facebook chatbox. Berry, you ingat tak the first time kita jadi rapat spontaneously when you started to typo lepas tu I keep on bahan you sampai you menyirap... I can still remember, that days when you still using **** ***** as your display name and yellow shirt sitting on the gate- as your DP. That moment, I still don't have a real feelings toward her since I never met her in school. So, it was difficult for me to reach you in school. Not in detecting you where you at but, I susah gila nak tegur you. Macam, why is it very difficult for me to tegur that particular person that I have some different feeling towards them. I called you berry and you called me watermelon remember ? I found you so chemically reactive with me. Like metal and alkali. Very reactive. Remember your birthday ? The moment we spent our night together talking on the phone for 5 hours ? I never did that in my life before I swear. Ears burnt but who cares ? Who the hell in this fragile world care about their ears when they managed to talk with someone they already messed up with the heart contracts. The moment you let go your ego saying that you did love to hear my voice and I was like, dang son, if I, if you rewarded me your heart then I'll absolutely probably definitely like extremely take a real good care of our bonds. The first time I talked to you is on coco day. Remember Kelab Bahasa ? Kita main buat2 peribahasa that time and you was like eh jangan main-main boleh tak ? hahah, then afterward things became better when i slowly eliminate my shy towards you. Till that day i wrote a post about you in Pekan Mantis. I composed a bundle of poems just for her. I don't know. I don't know. Semakin dia rapat dengan aku hari demi hari, semakin laju heartbeats aku.

Repost draft usang #1

Hari Ahad, hari di mana life aku hanya dengan mesin typewriter semata-mata. Ya, inilah habit aku. Tulis cerita pelik tak semena-mena. Cerita dongeng sang raksasa bertanduk kerbau dengan ketinggian 1234meter bergaduh dengan manusia kecil yang pendek macam aku je dan raksasa tu kalah dengan sebatang chop-stick. Tak tak, harini aku taknak tulis benda-benda pelik. Point aku harini aku nak menjerit dekat kertas aku dengan dakwat hitam. Biar habis. Tak apa aku kaya, aku boleh beli baru.

Hirup kopi limau. Tekan butang Play. dan.... ( Yiruma - Indigo )

K, aku cukup allergy dengan huruf yang satu ni. K ? apa maksud dia ? Kerbau ? Koyok ? K-POP ??? k. It's a common symbol for couples yang bergaduh tu kan, K ialah satu mekanisma untuk menghentikan pergaduhan, perbualan, perbalahan dan jenaka yang stupid. Terima kasih trend-setter. 

Setting typewriter jenama Casio. Tukar lagu. ( Dum Dum Tak - Suara Kami )

Hari ni aku nak tulis pasal pengalaman aku yang tak seberapa yang superb tapi aku cuba untuk hiperbola kan dia supaya dia jadi superb macam cerita-cerita penulis lain. Biarlah, ruang aku. aku yang punya. Aku ada satu memori yang agak pilu. Pilu ke ? Tahun ni saja, dah ramai gadis aku cuba dapatkan hati mereka. Dh puas aku korek, aku grill, aku patuk, aku koyak, semuanya lah ! tapi semua tu hampeh, tak boleh pakai. Memang lah kan ? gadis-gadik metropolis sekarang kebanyakannya bertuankan wang, materialistik, rupa, status dan... kepanjangan.... uhh. Mungkin, aku ingin mencuba gadis kampung lepas ni. Boleh kan ? Jodoh takkan datang tanpa usaha dan itu yang Tuhan suruh ! Oh lupa, aku tak masak air lagi.

Pergi dapur. Masak air. Duduk balik.

Aku mulakan cerita pertama dengan Salmah. Salmah di pusat pembelajaran ku, pada aku dia sangat comel, putih, gebu dan ayu. Aku mula kenal dia via facebook dah aku memang tak kisah pun sebab hubungan dekat facebook memang fragile punya lah ! Ok aku mula rapat dengan Salmah masa meeting angkatan. Aku duduk di atas mesin fotokopi sementara Salmah dan rakannya Qalmah duduk bersebelahan. Nak tegur, aku malu sangat. Buntu tak tahu nak buat apa jadi aku berterus terang dengan dia aku malu.

Tunggu,
ini post 2 tahun lepas, aku simpam dalam draft. aku hentikan penulisan hiba ni. Aku tak sanggup lagi. Sebab aku sibuk mengejar kejayaan dalam sistem sampai nak menjerit pun separuh jalan je.Ah tak payah lah. Benda dah lepas. ah ! aku dah lupakan dia ! tak ingat langsung, tidak. Ya hanya fizikal dia 2 tahun lepas dan kemudian hilang. Sekian.