Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Friday, 12 July 2013

An End

When I stare... and stare... and stare...
Hoping to reach the immortals,
Hoping to earn the honest proverbs,
Hoping myself to resurrect the waves.

All the motions, the lights,
I stare and I stare again...
To bits, the eyes of explorer,
by frames,
the odd syndromes... flow by one heart,

nerves,
in all circuits.

And there will be wind...
echoes frighting the lanterns,
the curse of devilish children.

Through blood and tears,
darling,
Our hope...has reached an end.

The Beddio, 0000.

Sunday, 7 July 2013

Sebab kau memang (refer tajuk atas)

life aku dengan study, band, label.
pagi aku dengan kopi dan rokok.
petang aku dengan tidur dan rokok.
malam aku dengan buku dan rokok.

siang weekend, majlis-majlis seni.
malam aku berjimba. 

Rutin harian macam biasa, aku dah tak mau rasa apa-apa. Sebab rasa hanya akan tinggal rasa. Buat apa. 

Perasaan ni, aku harap kau pergi mampos cepat-cepat. Aku taknak sober dengan harapan. Berambuslah pukimak. Cinta setia kini cuma tiga. Yang paling khusyuk, Yang paling sederhana, Yang penuh dengan nafsu, Yang hari-hari aku rogol; buku, kopi dan rokok.

But darling, they don't breath...

Friday, 12 October 2012

Dah sampai simpang dah, tinggal pilihan je.

Penawar,
Penawar yang aku perlukan sewaktu aku berduka lara. Aku seorang saintis. Saintis bodoh yang kenakan ujikaji dekat diri sendiri sebab takut nanti penawar itu, orang lain pula yang terubat. Tapi aku bodoh. Gelar saja aku saintis metafizik termasyur dekat wilayah ini. Sekali kena, ya selalunya orang menyesal tapi aku tidak.

Dan penawar itu mula menzahirkan aroma yang berbeza. Tiap 2 hari secara berselang-seli, baunya berubah-ubah. Kadang-kadang baunya seperti daun ganja. Ada kala baunya seperti cokelat. Dan bau besi karat. Aku sendiri gagal mencari punya perubahan aroma itu.

Aku biarkan, sebab aku dah tak percaya dekat benda tu. Kepala hotak dia lah. sebabkan penawar, luka sana sini. Tumour, Diabetes semua hinggap dekat rasa hati aku. Tapi bila dia keluarkan wangian mawar, gerak hati ini katanya masih ingin mencari tapi....

yang aku mampu hanya sekalung kemaafan dan seni yang aku anggap bernilai tetapi pada mata hati, ketelusan tak nampak apa2. Kasihan

-Bilik orang kempunan kasih (0052)

Friday, 20 July 2012

51.

mata orang. perkara yang baik disangka buruk. hanya pada mata kasar. 
mereka membuat konklusi.
andaian buruk andaian busuk andaian keji ! bukankah mulut dicipta oleh-Nya untuk bertanya ? 
Manusia.

-cheras. 5:13p.m 24/5/2011
Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID

persepsi.

Seekor kuman,
takkan mudah untuknya,
menawan seekor zirafah betina,
takkan ringan untuknya,
mencium sekawan singa yang berang,
dan tak mungkin sukar baginya,
untuk mengawal satu bentuk metabolisma.

tapi seekor kuman,
mampu bunuh
walau besar mana raksasa itu
sekalipun,
tumbang dengan sendiri.

Thursday, 29 December 2011

Moksya

Di sebuah pulau abstrak,
aku terlihat satu rumah cahaya,
aku membenarkannya.
walau lemah disisi-Nya,
terus,
berdiri lurus
memerhati,
memerangkap,
pada jarak dekat
seharusnya
sikit-sikit aku mula menerima
nikmat yang sementara.

Sebuah takhta idea infinit,
sebuah kerajaan,
setelah 1000 tahun di sana,
sesudah selesai semua pencucian,

Inilah saat untuk sebuah kebangkitan yang abadi !

Saturday, 29 October 2011

B

Terasa mati pula aku malam ini.
dengan teriakan mata yang ingin berzina,
27 jam pun belum tentu sampai untuk ke syurga,
apa lagi gerakan yang masih aku tertinggal ?
pelincir pun sudah sampai klimaks kontangnya.

Friday, 30 September 2011

Cemburu babi.

Satu lagi cerita tentang si tolol.
yang matanya tajam memikat,
tetapi bibirnya kelu membatu.
yang rupanya bulat menggebu,
tetapi hatinya kecut membiru.

Sekali lagi figura ini terpikat dengan satu ciptaan,
comel, gebu, lentik, powerful-

Si dungu ini menemui satu bentuk solusi,
hampir untuk
satu wilayah yang tak beraja,
sebuah pulau kecil yang berbentuk hati.

Seantero rupa klimaks untuk si bongok ini,
sepastinya mungkin
tak pernah kurang angkanya,
rintangan yang cukup untuk tuannya.

Walaupun hanya seinci wilayah tadi,
sejenis perasaan, mungkin
yang cukup untuk menikam,
memancung,
menembak,
merembat,
satu semangat babi,
untuk perjuangan esok.

aku koma, belum mati.

5:06 p.m Kamar rabak
Yes memang aku kuat gila cemburu.

Wednesday, 14 September 2011

Mat Penunggang Makruh

pernah di satu verteks itu aku terawang,
dari manakah datangnya mereka,
pernah juga di sudut itu aku bertanya,
siapakah kiri kanan mereka.

Bunyian desus ekzos engin EX5,
jeritan agung sebuah perlumbaan,
perempuan anak dara melayu,
dan sebuah pertaruhan hayat dunia.

Janganlah kau meludah,
Janganlah kau jangankan watan ini,
Kerana sesungguhnya,
Mereka juga berdarah kita.

bawalah mereka ke pangkal dulu,
pulanglah, kawan-kawan,
sementara orang tua masih bernafas,
Sementara planet dunia masih berpusing.

p/s: Aku juga menulis untuk mereka.
12:07pm Bilik Peribadi

Sunday, 4 September 2011

Hilang idea

Pandangan irisku diselaputi sejenis solid,
pada saat ini penglihatanku terhad,
aku seakan tidak nampak apa-apa,
kecuali selapis dinding yang berwarna putih.

Gegendang telingaku didengarkan satu jenis bunyi,
pada saat ini aku mula tertanya-tanya,
walau ada upaya sekalipun untuk hadapi semuanya,
inikah bunyian yang aku bakal dengar sampai mati ?

Siang malamku siapa tahu,
dadah yang aku hidu saban hari,
dadah yang bikin aku khayal,
supaya aku diam menurut perintah,
supaya aku berhenti untuk mengelat.

Aku hilang idea di sini,
aku buntu aku bingung,
dengan konspirasi,
dengan teka-teki,
baik aku mati.

4:21pm Perpustakaan negara

Patriot jiwa

Mana kan lagi,
tempat untuk aku berbisik,
ruang untuk aku berhujah,
lapangan untuk aku bernyawa,
walaupun satu tapak.

Perintah si mata kafir itu,
yang kau orang turut,
yang aku sendiri ikut,
yang sekarang ini sedia memancut.

Mana lagi tinggal,
sejengkal latitud,
sedepa garisan Greenwich,
sekalipun,
aku tak dapat nak lari.

Sayang, pergilah sampai ke negeri China,
berhutanglah ilmu dengan si pendita gila,
biarkan jasadmu yang pedih,
biarkan zahirmu yang menangis.
biarkan.

kerana kau,
kita menang.

3:45pm Perpustakaan Negara

Saturday, 27 August 2011

Oh, aku tertinggal satu.

perempuan,
semalam kau katakan padaku,
sayang, you're my everything.
kelmarin kau bisikkan padaku,
sayang, i don't want to lose you, anymore.

tapi kemana hilangnya si manis prosa itu ?
apa dia sedang sibuk berlari-lari di taman malam ?
atau dia sibuk mencari tempat dalam tapak pelupusan ?
atau, atau kau sengaja simpan dalam peti ?
peti yang dulu ku sangkakan abadi untuk satu jiwa.
peti yang dulu ku sangkakan tercipta  untuk aku sorang.

biarkan saja tiada nilai puisi aku malam ini,
biarkan saja bahasaku dikutuk malam ini,
kerana malam ini aku bertekad,
aku berhasrat,
aku nak lepaskan semua,
lepaskan segalanya !
lepaskan perasaanku,
lepaskan jeritanku,
lepaskan kata-kataku,
lepaskan perhambaanku,
lepaskan peluhku,
lepaskan memoriku,
lepaskan kamu !

totally.

lihatlah aku malam ini,
yang hanya bertemankan marlboro,
tertunduk-tunduk,
terbatuk-batuk,
menunggu satu pesanan ringkas,
walaupun hanya seutas ayat
selamat hari raya
daripada kau wahai perempuan.

Bilik Dingin 1:38a.m
 masih tertinggal saki-baki perasaan. tapi sikit-sikit aku lepaskan.

Thursday, 25 August 2011

Terkunci kejap

sekilas arus elektromagnet antara kau dan aku,
tiada ada metafora yang agung sekalipun,
yang dapat menandingi puisi antara kita berdua,
untuk empat setengah saat itu,
jantungku tiada maya untuk terus berfungsi.

Library. 10:15a.m
p/s: she has such a quiet eyes.

Saturday, 30 July 2011

Yang terakhir buat si kipas

cinta tak cinta,
sayang tak sayang,
puki tetap puki.
bila semua menjadi dusta,
jahanamkan saja perasaan itu.

apa kau ingat aku ini ais batu campur ?
kau warnakan aku dengan manisan,
kau satukan aku dengan bahagia,
sikit-sikit,
kau kemam.
kau makan.

siapalah engkau gadis siang ?
hidup dengan publisiti melampau
dan siapalah aku ini ?
pelacur cinta yang tak kenal,
siapakah kesetiaan.

hentikan sahaja siaran itu,
tamatkan sahaja lakonan itu,
sebab aku penat tercungap-cungap,
mengikuti setiap drama,
sebab aku penat terkebil-kebil,
mencari klimaks,
cereka sadismu wahai gadis siang.

biarkan saja aku memberi nokhtah,
supaya kau tak lagi bermain teater.

Kamar Rehat 3:52 p.m
p/s: sorry, i don't know you. jangan kau cari aku lagi.

Friday, 29 July 2011

Boulveyard harapan palsu.

Aku berjalan di lorong sepi,
lorong yang satu,
yang aku tahu.
entah kemana tujuannya,
biarlah,
lorong ini halaman aku,
aku teruskan perjalanan.

Ku lalui jalan sepi ini,
di Boulveyard harapan palsu,
di mana kota itu tidur,
di mana aku sehelai sahaja yang berjalan.

Aku hanya bertemankan bayang,
hanya bertemankan organ cetek yang berdegup.

pernah aku berkhayal,
untuk satu harapan palsu,
harapan,
supaya satu hari nanti,
ada figura lain yang menjumpai aku,

aku meneruskan perjalanan.

Aku berjalan dibawah satu garisan,
yang membahagikan aku,
di satu tempat dalam khayalanku,
di garisan luar,
di mana aku berjalan seorang.

Cuma kau perlu baca diantara garisan itu,
perkara yang fucked up bila semuanya okay,
periksalah supaya kau tahu aku masih hidup,
dan masih berjalan seorang diri.

Kotak konkrit 8:39p.m
p/s: sorrylah aku translate and ubah sikit. tiada nilai pun. meheheh. just for fun ^^.

Puisi untuk yang lagi satu. ( pt.1 )

Malam itu aku hilang daya,
Setelah penat dibelai syaitan,
nikotina tiada langsung membantu aku,
juga tar dan monoksida,
semuanya sampah.

kiri kanan atas bawah depan belakang,
konklusi yang cuba ku cari,
penyelesaian untuk satu cereka,
figura ini mencapai buntu.
dia mimpi,
dia takut,
dia lepaskan.

masa aku,
diperintah kekosongan,
masa aku,
dikucup kehampaan,
masa aku, 
dibelai keraguan,
masa itu,
awak datang.

kilang emosi aku takkan pernah henti,
takkan pernah alpa untuk mencipta. 
bila dia mula membisik,
"no, you're not dreaming",
papan kekunci aku lumpuh,
aku luruh.

dinda, 
hati saya ada sepucuk surat,
tapi hati saya bisu,
maafkan lah jari ini ya ?
aku inginkan lebih,
tapi aku malu,
tapi aku mampu.

Kamar Seni 4:20p.m
p/s: aku tak sepuitis nada cinta Zahiril Adzim

Wednesday, 27 July 2011

Kelabu, Kuning dan Jingga.

lapangan ini,
tiada langsung ruang aku untuk bernafas,
tiada langsung siang untuk aku menang.

kenapa ?
bila kala putih menjadi daki,
bila kala malaikat menjadi syaitan,
bila kala pelacur ilmu menagih najis,
tiada satu pun ku hidu,
satu regimen dinding,
adapun, goyang.

malam tak pernah nak beradu,
siang pula,
tak pernah nak satu.
bila kala penajis nak beriman,
bila kala hitam nak muntah warna,
bila kala syaitan nak bertaubat,
pukinya dunia ini,
tersangat tebal,
asap, api, jerangkap,
bebal,
semuanya menjadi satu,
membuka diari yang dulu.

akarnya, terlalu rapuh.
maaflah. aku tak sepuitis mereka.

Pizza Hut Bukit Bintang 4:59 p.m
p/s: kalau nak berubah tu, bila hati dah merelakan, kenapa mesti ada je something yang menghalang. aku tak faham dari situ.

Tuesday, 26 July 2011

untuk apa keindahan itu ?

Awan biru,
Kau melihat semua tindak-tanduk kami,
Kau melihat semua dusta di muka bumi,
Kau melihat semua kata-kata caci maki,
Kau melihat semua pencabulan hak asasi.

Tapi mengapa kau masih statik di situ ? 
Statik sebagai satu perkara yang indah,
Perkara yang indah untuk siapa ?
untuk si rakus ? untuk si pencabul ?
 untuk si topi merah ? untuk si pukimak ?
untuk siapa awan ? untuk siapa...

dan aku disini juga statik menunggu,
berdiri dengan penuh hiba,
gundah gulana,
menunggu sang kelabu awan,
untuk mengajar mereka,
arti kemanusiaan .

kamar konkrit, 11:49 p.m

Petang hari itu

Semalam,
tatkala aku pulang dari medan kegemukan,
disaat ku tertawa riang bersama mereka,
dari sudut amphliteater,
aku ternampak kau sekuntum.

cantik, indah.
fuhh.

awak berseorangan di situ,
bersama kira-kira,
bersama kalkulator,
350,
teks-teks ilmu,
kaki, terima kasih sebab beranikan diri untuk pergi.

KFC Pudu 6:30p.m

jantung, kenapa kau tak reti penat ?
kenapa kau tak henti berlari ketika aku dengan si dia ?
kenapa jantung kenapa ? cuba cakap ?

aku disebelah dia,
masing2 beruniform navy.
senyuman penat dia, senyuman penat aku.
hanya Tuhan yang tahu.

Engkau marah aku berjenaka tapi aku cakap,
ada aku kisah ?
Engkau marah bila aku berdiam tapi,
sampai bila ? hati aku mahukan lebih dari tu.
mata, terima kasih sebab paralyze ke arahnya. aku terhutang satu.

Satu dua dan tiga,
kau membuka diari puisi,
kau marah bila aku baca,
tapi aku tetap baca,
kau marah bila aku rampas,
tapi aku tahu, 
keinginan dari dalam, kau mahu ku tahu semuanya.

sayang, kalau dulu aku cinta. sekarang aku sayang.

Mc.Donald Taman Midah 9:20 p.m
p/s: Dedicated to my past, yang sekarang ni kawan rapat barangkali ? entah i don't know. meheheh ;) wuv u !