Thursday 13 September 2012

Kumpulan minoriti dalam keluarga radikal. Perlukah ?

Scene hardcore memang dah lama dekat Malaysia ni. Scene ni semakin berkembang dekat tanah melayu ni tak silap aku since late 80's. tak silap gua la. tapi takpa tu bukan isu yang aku nak kupas sekarang. Kumpulan minoriti. Persoalannya, perlukah ? Apa faedahnya ?

Kita kena bezakan kumpulan minoriti dan label. Sesetengah label DIY tubuh melalui group2 kecil peminat musik underground ni. Bila mereka berpakat kumpul duit dan sebagainya, mereka mula organise gig. Dan itu sangat bagus kerana kita tak hanya menguntungkan satu atau dua organiser. Budaya monopoli juga tak harus wujud dalam scene sebab kita sendiri praktikkan minimalism. So bila ada daya saing, itu benda bagus. lagi banyak gig/event tiap2 minggu. Maka kekosongan tu sentiasa diisi. scene tak mati.

Mosh team.
Di Kuala Lumpur sahaja ada dalam 2/3 kumpulan mosh. Kita kembali kepada definisi group/kumpulan. why group ? Group by meaning is a bunch of men that have the same thinking; or work in a same team or same direction. Mereka juga berupaya menaikkan nama kumpulan mereka ke kawasan seberang. Pasti ada yang organise gig dan buat event hujung minggu masing2. Merapatkan silaturrahim juga. Bila wujudnya group2 Mosh seperti beberapa kumpulan yang anda sedia tahu. kita dapat lihat di mana dalam minoriti ni dah wujud satu pecahan. Separation. Jadi, kita boleh lihat kumpulan A, mereka mungkin duduk di kawasan Cheras misalnya manakalah kumpulan B mungkin di Kajang. Jadi, wujud terma "kau, kau. aku, aku". Pada sudut seorang optimis, Kewujudan kumpulan-kumpulan ini baik kerana adanya trademark sesebuah negeri itu untuk menunjukkan supporter, menampakkan satu identiti. Tetapi pada sudut lain, kita dapat lihat kumpulan2 ni menggunakan nama kumpulan mereka untuk menunjukkan Pride dan Dignity, bukan pada seluruh family tetapi kumpulan mereka. Ada yang sengaja ditarik tak semena-mena gara2 nak menambahkan ahli, ada yang nak tunjuk bajet. "Weh this is my label, I got my own team well fuck you". Otai-otai lama pasti, sesetengahnya geleng kepala saja kepada kumpulan generasi 2nd wave ini. sebab, we're all in one, a family. Tak perlu ada satu kumpulan ni pakai baju merah satu kumpulan ni baju kuning. dua2 fight. dalam kumpulan minoriti yang semakin minoriti. Ada juga pada mereka yang penting hanyalah teknik tarian dua tapak dan sedikit teknik tumbuk angin.

Kumpulan Persendirian
Sekarang kita dapat lihat sendiri dah ada group2 persendirian yang mungkin hanya terdiri daripada mungkin 5 atau 6 orang. yang hanya boleh bergerak dengan kumpulan itu. apakah rasionalnya ? mengapa perlu ada kumpulan ini ? Ya, mereka mungkin terdiri daripada "budak-budak tepu" tapi itu sangatlah angkuh dan selfish. Jika diikutkan, fahaman individualism tidak bergerak seperti itu. Kita tidak salahkan mereka, sebab kita bebas. kita bukan diktator. Tapi bila dah jadi macam ini, bila mereka sendiri memisahkan diri dengan orang lain, tak gaul dengan budak-budak baru sebab group mereka "hebat" sangat. Sampaikan ada yang sanggup memutuskan hubungan dengan kawan sendiri sebab nak hidup dengan group tu. apakah ? Kita sama scene, kau buat macam ni. Aku respect kau macam adik sendiri tapi kau pijak kencing aku macam anjing. Necessary ke ? Oh sebab group kau tu mungkin semua ada rupa, knowlege wide babi dalam scene. Tapi aku tak rasa perlu kot buat macam tu. Dan mereka juga dikatakan hanya bergaul dengan pemain musik, organiser dan orang2 yang lebih tinggi atau setaraf dengan mereka. Eh, wujud hirarki pula dalam konteks ini. Sedangkan hardcore sendiri claim semua peminat musik itu sebagai satu keluarga.

Jadi ada pro dan kontranya sendiri. Anda sebagai orang yang memahami, fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment