Friday 20 July 2012

Awak, sila terasa dengan post saya yang ini boleh ?

*Penggunaan alias Siu Long bagi watak ini dan sebabnya ada di dalam teks*

Saya mula observe bila....

 That day,
Aku kelam kabut dengan suasana kelas orang separa dewasa yang sedang sibuk-sibuk menukar attire mereka atas dasar pendidikan Malaysia yang digubal satu masa dulu yang mementingkan sukan dalam akademik. Aku terus berlari ke bilik guru.

"Cikgu, rumah sukan saya apa ?"
*potong cerita*

Bilik VEB. Aku join venture dengan beberapa mastermind yang lain dalam misi reka bentuk shelter untuk rumah sukan. Dekat ada lah beberapa seniors yang memerah otak sekali dan (aku yang paling junior sebab newcomer...kot) ya, ada sorang kakak ni, dia mencuri perhatian aku. Sampai sekarang dia masih pegang perhatian aku. Dia tak pulangkan balik. Dan aku sendiri taknak balik perhatian aku tu sebab aku tau, dah takde orang lagi nak curi benda tu (bukan benda actually). okay sambung. dan bila hari tu dia ada kemukakan suggestion dia dan itu kali pertama aku terdengar suara dia. Ya, seksi. Semacam perasaan mula timbul dekat hati ni. macam larva yang baru terhasil dekat gunung-gunung Himalaya.

Satu hari tu dia datang kelas aku, memegang watak sebagai Ah Long. tapi dia perempuan, tak sesuai. tapi sesuai dengan panggilang Siu Long (Siu banyak dikaitkan dengan karakter wanita). Dia memanggil namaku. Aku menggeletar (tanpa sebab) dan dia minta RM10. tapi aku papa masa itu. Sengaja aku tanya "Kakak, berapa kena bayar ? "Sepuluh ringgit sayang" dia menjeling ke arah meja guru. Pertama kali dia panggil aku sayang. OH DUNIA NI AKU PUNYA OK.

Aku, dia dan seorang watak sampingan meronda-ronda di metropolis. Ok pertama kali dia duduk rapat-rapat dengan saya. Jantung aku tah berlari tah terbang ke apa masa tu. Gelakkan manja dia... Okay, aku tak buat apa-apa. aku cuma duduk diam dan pandang ke arah luar. Sampai hujung perjalanan, aku memberanikan diri untuk minta PIN dia. ok dia bagi dan saya gembira.

Sarung pakaian sukan, selipar percuma Tropicana Life, earphone rabak.

"You tak datang eh harini?"
"Ya, saya tak datang."
"Cikgu cakap you tak sihat."
"Ha'ah i tak sihat."
"Yeke you tak sihat....Elehhh ke malas ? *muka sarkastik*"
"Betul lah I tak sihat. kenapa ? ingat i tipu ke ?"
"eh, sorry2 i bergurau je *muka sedih*

..... tiada respons.
kali pertama dia marah dekat aku.

Hari sukan sekolah, pagi tu aku dengan Ali dekat bilik VEB. dan dia telefon aku. Suara manja, dialek seksi "Hello farhan, ni *saya* ni. you dekat mana ? okay okay" -kali pertama dia call.

Dia menyarungkan kostum serba biru. Macam nak menyanyi dekat konsert. tapi comel :D
dan... walaupun dia struggle dengan masalah kesihatan yang dia sedang hadapi, tapi Siu Long tabah. Siu Long sangat commited. Saya suka !

Aku dalam Matriks, perjalanan balik dari Putrajaya yang panas dengan bahang asmara, duduk belakang dengan 3 orang diva kecil. Aku berjaya tarik perhatian Siu Long masa aku guna DP BBM dengan gambar mereka. Siu Long geram ! dan minta nota suara dari aku. Bukan suara aku yang dia nak tapi suara diva2 tu. sangat annoying dan adorable dan saya tak tahu nak label apa dekat budak2 kecil ni. tapi ya, itu voice note yang pertama. dan yang lain-lain tu... hehe *blushing*

Siu Long mula berkarya sendiri untuk aku. Dia banyak berkarya dalam bahasa untuk aku. Baik dan buruk asalkan seseorang mula berkata-kata tentang seseorang yang lain. itu ialah sesuatu. dan aku juga inginkan sesuatu. Bagi aku Siu Long sangat istimewa. pada diri aku lah. cuma aku masih tercari-cari cara untuk buat layout puisi awak tu (yang warna-warni tu)

aku tak tahu apa perasaan dia, tanggapan dia dan persepsi dia terhadap aku. ingin mencuba tapi... kegagalan berurutan selama tiga kali dah cantas keberanian aku. sikit-sikit ada lah tapi, tak berani lagi. Perasaan ni semakin hari semakin menambah subtopics. Semakin dalam. Makin sayang...

Tapi ya, aku tak boleng mengharap sangat. Sekarang pun terlalu banyak perkataan "sorry". hampir tiap hari, tiap jam aku minta maaf sebab aku banyak buat dia tersinggung, sakit hati, hilang rasa dan... lain2. Mungkin pointer aku ditolak di situ. hmmm.

Okaaaay cerita di atas memang tak complete, banyak lagi sub-peristiwa antara aku dengan Siu Long. Cuma... ya, permulaan bagi satu permulaan :-) sekian !

No comments:

Post a Comment