Wednesday 17 October 2012

Dan, oh patutlah.

Pada saat awal, sang Narrator ada membuka kata dengan menceritakan latar belakang kami berdua. Laut dan gunung. Yang memasang rasa pada kami mungkin hanya kerana sihir. Sihir literasi, sihir sastera. Kau tahu kan?

Jadi aku cuba menidakkan tanggapan pagan aku. Ya lah, jangan nak sempurna atas bawah sangat. kau tu cacat juga. Dan aku cuba, aku cuba, aku cuba, aku cuba, aku cuba. Sampai masa puncak, makin lama cobaan aku tu macam makin berkarat. Kau ingat karat emas ? Tak kawan... Macam pokok kelapa, aku mengharapkan untuk dia terus memuncak ke awan limbus tapi, dia condong, dan jatuh mencium pamah.

Aku putus asa. Aku membiarkan amarah mengawal sistem dan pelaksanaan hati aku. Malas, ya malas aku melayan tetamu kehormat. Kau memang tepu meriukkan tulang-tulang aku. Sampaikan aku koma saat itu juga aku sedang berperang dengan masa, bertarung dengan idea dan sistem.

Waktu selepasnya, memang aku, aku ambil langkah untuk jadi neutral. Aku neutral-kan semua rasa aku. Jadi aku takkan rasa terancam. Aku blok bebas. Tidak dan tidak akan, melainkan blok-blok yang lain runtuh.

Lama kelamaan ya, memang, kecondongan itu, aku nampak puncanya. Angin bayu, yang memang aku sudah agak sejak azali cerita lagi yang mencondongkan pokok ini. Dan daripada suapan-suapan tidak terus yang aku terima hari demi hari, aku temui satu jawapan yang membawa kepada sejuta makna. Satu konklusi yang aku boleh ringkaskan jawapannya sebagai "Oh, patutlah".

Dunia ini tak pernah kata tidak untuk tindakan isinya. Dan bukanlah satu tidak untuk sang pokok kelapa yang condong yang nak mati yang dah koma ini untuk meneruskan legasi dia. ya, benih takkan pernah terhapus. Dan ya, oh patutlah :)

No comments:

Post a Comment