Wednesday 14 September 2011

Mat Penunggang Makruh

pernah di satu verteks itu aku terawang,
dari manakah datangnya mereka,
pernah juga di sudut itu aku bertanya,
siapakah kiri kanan mereka.

Bunyian desus ekzos engin EX5,
jeritan agung sebuah perlumbaan,
perempuan anak dara melayu,
dan sebuah pertaruhan hayat dunia.

Janganlah kau meludah,
Janganlah kau jangankan watan ini,
Kerana sesungguhnya,
Mereka juga berdarah kita.

bawalah mereka ke pangkal dulu,
pulanglah, kawan-kawan,
sementara orang tua masih bernafas,
Sementara planet dunia masih berpusing.

p/s: Aku juga menulis untuk mereka.
12:07pm Bilik Peribadi

No comments:

Post a Comment