Sunday 4 September 2011

Patriot jiwa

Mana kan lagi,
tempat untuk aku berbisik,
ruang untuk aku berhujah,
lapangan untuk aku bernyawa,
walaupun satu tapak.

Perintah si mata kafir itu,
yang kau orang turut,
yang aku sendiri ikut,
yang sekarang ini sedia memancut.

Mana lagi tinggal,
sejengkal latitud,
sedepa garisan Greenwich,
sekalipun,
aku tak dapat nak lari.

Sayang, pergilah sampai ke negeri China,
berhutanglah ilmu dengan si pendita gila,
biarkan jasadmu yang pedih,
biarkan zahirmu yang menangis.
biarkan.

kerana kau,
kita menang.

3:45pm Perpustakaan Negara

No comments:

Post a Comment