Saturday 20 April 2013

Makanan Bukan Periuk Api #6



Here we go, okay *hirup kopi* seperti yang anda semua maklum, 27hb April ni akan diadakan sekali lagi malam charity Makanan Bukan Periuk Api KL (MBPAKL). Jadi, biar aku bagi sedikit overview tentang event ni.

OK. First of all, untuk MBPA sebelum ni selalunya kita buat dekat area Masjid Jamek & kawasan sekitarnya. So kali ni, kami decided untuk tukar plan, MBPA akan bermula di Plaza Rakyat (Puduraya) & berakhir di BB (sungei wang). Time mungkin lari sikit tapi hopefully perjalanan kita dapat ikut masa yang ditetapkan. Here's the schedule.

______________________________________
8am-9am : Masing-masing dah keluar rumah

10am : Berkumpul di Lavender cafe , jln gurney 2 . keramat
10.1am - 4pm : Masa ni diambil untuk masak + packaging

4.30pm : Dianggarkan selesai kerja-kerja memasak & packaging. Bertolak dari Keramat.

6.30pm-7.30pm : Selamat sampai di pusat bandar. Kita berkumpul di Plaza Rakyat dekat Puduraya. Makan puas-puas, briefing & stuff.

7.30pm : Kita mula bergerak & bantu gelandangan !

10.30pm : Selamat sampai di checkpoint terakhir (Sungei Wang)

______________________________________

Important notes:

-Sumbangan bentuk kewangan boleh disalurkan ke akaun BSN : 14199-41-00002733-3 atas nama Muhammad Farhan bin Rajuli

-Siapa-siapa yang bawa baju yang ingin disedekahkan kepada gelandangan, sila bawa beg (backpack,tote,etc.) supaya lebih mudah untuk dibawa krn kita akan berjalan.

-Selain daripada makanan, umbangan berbentuk peralatan keperluan harian amatlah digalakkan. Cth: Berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, etc.

-Jika ada inisiatif lebih, sediakan sedikit makanan juga untuk kucing-kucing & anjing-anjing jalanan. Mereka juga nak makan ! :D

-Kepada rakan-rakan yang mempunyai motor & kereta, pertolongan anda untuk bawa makanan dan peralatan amatlah dihargai :')

-Juga kepada kawan-kawan yang ada videocam, camera, etc., kalau boleh bawa itu lagi bagus !

-Sila hubungi Paan @ 017-3177382 , Dfan @ 0172366727 untuk sebarang pertanyaan.

MORE UPDATES SOON! peace.

No comments:

Post a Comment