Saturday 27 August 2011

Oh, aku tertinggal satu.

perempuan,
semalam kau katakan padaku,
sayang, you're my everything.
kelmarin kau bisikkan padaku,
sayang, i don't want to lose you, anymore.

tapi kemana hilangnya si manis prosa itu ?
apa dia sedang sibuk berlari-lari di taman malam ?
atau dia sibuk mencari tempat dalam tapak pelupusan ?
atau, atau kau sengaja simpan dalam peti ?
peti yang dulu ku sangkakan abadi untuk satu jiwa.
peti yang dulu ku sangkakan tercipta  untuk aku sorang.

biarkan saja tiada nilai puisi aku malam ini,
biarkan saja bahasaku dikutuk malam ini,
kerana malam ini aku bertekad,
aku berhasrat,
aku nak lepaskan semua,
lepaskan segalanya !
lepaskan perasaanku,
lepaskan jeritanku,
lepaskan kata-kataku,
lepaskan perhambaanku,
lepaskan peluhku,
lepaskan memoriku,
lepaskan kamu !

totally.

lihatlah aku malam ini,
yang hanya bertemankan marlboro,
tertunduk-tunduk,
terbatuk-batuk,
menunggu satu pesanan ringkas,
walaupun hanya seutas ayat
selamat hari raya
daripada kau wahai perempuan.

Bilik Dingin 1:38a.m
 masih tertinggal saki-baki perasaan. tapi sikit-sikit aku lepaskan.

No comments:

Post a Comment