Tuesday 9 August 2011

Persepsi masyarakat : Budak2 HXC & Metalheads

Hei budak-budak scene, before aku start olahkan issue ni, I would definitely like to ask you people,

pernah rasa terancam dan terasing tak bila korang tengah berada dekat tengah-tengah komuniti yang lain ? yang tak tau apa-apa tau2 nak bahan/palau or whatfucking ever ? pernah kan kan kan ?

surely lah, even me myself, bagi yang masih bersekolah macam aku ni, confirm punya pernah makan kata2 sampah diorang tu. Taik lah kalau tak pernah kena. Tambahan pula bila kita bercampur dengan dak2 yang SKJHSKJ sikit, apa diorang tau ? clubbing, amik K, amik Bow, amik tu amik ni, main sana sini, anak ngan mak lebih kurang je ( NOT ALL, SOME OF THEM. SOME ). rempitZzZz toksah cerita ah. memang sakit bila kita tak sekali dengan gang/family/blood kita. Survival rates tu mungkin masih tinggi lah but yeah, Satu/dua hari dalam seminggu tu kau balik sekolah, tangan tak pernah nak lepas genggam. rasa nak shoot je sekor2. Yang okay tu okay lah. yang faham tu takpa lah terima kasih sangat2 kat korang. Okay kita boleh kupas sikit2 persepsi society kita drpd bwh kepada kelompok yang lebih besar.

FAMILY
bagi family yang tak kisah tu  tak apa lah, tapi bagi some of families yg offensive and yang tak sehaluan, sepastinya kalau ternampak sikit je benda pelik2 dah sah kena. contoh la kan, korang pakai baju yang ada gambar tengkorak seketul or yang lagi soft, gambar monster sekor. i mean like, monster yg bodo2 yang biasa2. Dah, mula lah diorang nak ckp bukan2. Pakai baju setan la, gamba tah apa-apa lah and then last2 kena buang sebab gambar violent sangat. ehey c'mon it's an art. We love the band we love art that's why we are wearing em. ok baru baju, kalau touch sikit accessories hmm... nak taknak diorang pandang ( perkara ini sering berlaku kpd budak2 yg berkeluarga yg berlabelkan "baik" ) maaf lah berbelit jari ni nak describe haha)

SEKOLAH
nah, setiap kali korang nak mulakan langkah nk jumpa someone or kwn2 mesti ada bunyi2 latar mcm "weh... budak gig budak gig" or "weh dakdak gig weh kawan setan" or yg lebih teruk dan kritikal "budak sembah setan sial !!" kadang2 budak2 scene yg agak tak bersalah ni, bila dah kantoi aktiviti-aktiviti gig diorang dekat cikgu, dengan sewenang-wenangnya, cikgu terus label diorang BLACK METAL ( as what happened to me ). kesian kan ? bila semua teachers dah tau, mula lah nak pandang serong, palau, buat dunno, kena bahan hari2. last2 pelajaran pun takde berkat, kau fail exam. So morale of the story, don't reveal yourself or who you are in school. just be like others !

NEIGHBOURHOOD
mak suruh pergi kedai beli tepung, misalnya. kebetulan pulak korang tgh pakai baju AS BLOOD RUNS BLACK, misalnya dengan hanya memakai kain pelekat dan capal, kau pergi kedai beli tepung. one step ahead, korang lalu kat depan rumah jiran, diorang usha panas diorang bisik2 something ( faham2 jelah kan ? ) tak panas lagi. sikit. korang teruskan perjalanan. kalau duduk flat, the moment korang turun tangga, kalau berselisih dengan orang-orang yang lalu lalang dekat tangga tu, first thing diorang akan tengok ialah muka. pastu zazzz terus lucut ke bahagian baju. naaaaaaaah, kena usha panas lagi. dah usha taknak alih mata. siap angkat kening sebelah lagi. apadehal ? dah lalu pun still usha belakang lagi maybe sebab design baju tu attractive sangat kot ? bukannya korang pakai ray-ban sebesao beruang bukannya kau pakai cap kecik letak atas kepala bukannya kau pegang kain sapu tangan duk kibas2. just, baju kan. tu pun jadi drrrrrrrrrr~ ok sambung lagi. sampai kedai, nak beli barang pun satu cerita, kalau suruh parut kelapa tu, time2 tengah parut kelapa pun boleh lagi usha. nasib baik tak putus jari. appearance memainkan peranan betul. sampai cashier pun kalau boleh taknak alih perhatian. sure usha panas.

So, moral of the story, tak perlu aku nak elaborate panjang2 kan on this issue sampai ke pandangan para menteri yang pernah naikkan isu BLACK METAL dekat parlimen just, mana salah silapnya aku pun kurang pasti. bukannya kita minum darah kambing, bukannya kita bakar kitab-kitab suci, bukannya kita main atas ayat-ayat suci. KITA TAK JAHAT PUN ! cuma mereka kurang faham apa yang sedang berlaku. jadi kuatkan lah semangat korang. We love our music. We love our scene. For what kita nak takut. kita bukan tak sembahyang. kita bukannya buta agama, cuma yang pastinya mereka salah faham that's all. jangan sound diorang. nnti lagi lah diorang pandang slack kat kita kan so, berbaik2 je. diorang tye ckp leklok. mesej tu penting. kbye ! :P

p/s: aku tulis ni saje2 je. sebab aku rasa nak tulis.. aku tulis la heee bai !

No comments:

Post a Comment